Monday, August 23, 2010

Sinar Harapan Untuk Kehidupan Dan Kesihatan Yang Lebih Baik. Alat Terapi Elektrik Yang Dipercayai Di Seluruh Dunia.


Apa Itu Terapi Medan Elektrik?

Terapi Medan Elektrik adalah kaedah terapi yang meransang aliran elektrik yang terdapat dalam badan manusia. Secara ringkas, bioelektrik adalah aliran elektrik lemah hasil tindakbalas fisiologi tubuh yang dapat dikesan dengan menggunakan peralatan EEG, ECG, dan EMG.

Biolektrik wujud akibat pergerakan ion-ion Na+ dan K+ yang bergerak melalui membrane-membran sel. Oleh kerana ion-ion ini turut membawa cas-cas elektrik, maka bioelektrik akan terbentuk hasil daripada tindakbalas itu. Proses ini berlaku setiap masa pada kepada unit sel dan membuktikan status sel-sel tersebut yang hidup sihat.

Tubuh manusia pada asasnya memiliki berbilion-billion sel. Setiap sel ini mempunyai membrane yang  akan menentukan input-input yang mana akan diserap atau dilupuskan. Biasanya pelbagai jenis nutrien hasil daripadan pemakanan dan oksigen akan bergerak melalui membrane sel untuk membolehkan tindakbalas ini berlaku. Semasa proses ini berjalan, bahan-bahan tadi akan terion dan seterusnya menghasilkan sejumlah aliran elektrik yang lemah (1-100hz) di dalam tubuh.

Apabila sel-sel di dalam tubuh manusia terjejas atau rosak ia secara automatic akan digantikan melalui proses homeostasis. Sel-sel yang mati akan disingkirkan dan sel-sel baru akan dihasilkan. Pada ketika ini, nutrien-nutrien baru amat diperlukan. Nutrien-nutrien tersebut akan diserap melalui membrane sel dan memulihkan sel-sel yang rosak tadi. Untuk memastikan proses homeostasis ini berjalan dengan sempurna, tindakbalas ini memerlukan ransangan aliran bioelektrik.

 Bersandarkan kepada fakta-fakta di atas, secara prinsipnya inilah yang dilakukan oleh rawatan Terapi Medan Elektrik kepada tubuh manusia. Terapi ini bertujuan untuk  meransang aliran bioelektrik di dalam badan dengan menggunakan input aliran elektik dari luar tubuh untuk menggalakkan proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.  Seterusnya, ia akan membaiki tisu-tisu yang rosak dan memulihkan fungsi-fungsi system saraf yang terjejas serta menghilangkan kesakitan yang dialami. Dengan menyeimbangkan kembali nilai Ph darah, ia secara tidak langsung membantu meningkatkan system ketahanan tubuh dan keupayaan penyembuhan semulajadi badan.

 Sehingga kini kaedah ini terbukti berupaya untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik lain seperti Diabetis, Insomia, Gout, Aingin Ahmar, Rheumatism, Artirits, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga Batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati tanpa perlu untuk mengambil sebarang ubat-ubatan.

Justeru, Terapi Medan Elektrik adalah alternative yang selamat tanpa kesan sampingan dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

 

BIOS 9000-Unit Terapi Medan Elektrik.

Cirri-ciri istimewa BIOS 9000

Terapi boleh dijalankan dalam pelbagai postur mengikut keselesaan.

Penggunaan pelapik khas berelektrod mudah alih membolehkan anda menjalani terapi sama ada dalam keadaan duduk atau baring, mengikut keselesaan anda.

Mudah digunakan.

BIOS 9000 amat mudah dikendalikan, hanya tekan butang untuk melaras mengikut keperluan terapi yang digunakan.

3pilihan tahap output

3000v 6000v dan 9000v.

Penentu masa boleh laras.

Jangka waktu terapi boleh dilaras mengikut keperluan 30minit, 1jam, 4jam dan 8jam. Baki masa akan dipaparkn dalam minit.

Tiga program rawatan.

Rawatan yang menggunakan tahap aliran arus elektrik yang sama akan menjadikan badan lali dan memnjejaskan keberkesanan rawatan. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, tiga program stimulasi rawatan disediakan bagi mengekalkan konsistensi yang diperolehi.

Rawatan yang fleksibel.

Alat ini tidak hanya merawat keseluruhan anggota badan dengan penggunaan pelapik khas berelektrod. Malahan, ia jugan boleh digunakan pada bahagian tertentu sahaja melalui aplikasi point electrode.

Bagaimana ia berfungsi?

Pesakit hanya perlu duduk atau berbaring di atas pelapik khas berelektrod yang disediakan. Sejurus digunakan, BIOS 9000 akan bertindak balas merangsang peredaran airan darah ke seluruh tubuh. Alat ini mengguna pakai aplikasi voltan arus elektrik untuk meransang fungsi pencernaan, menyahtoksik dan membaik pulih sel-sel serta menguatkn daya tahan tubuh terhadap penyakit. Ia juga membantu memulihkan kadar asid darah tahap Ph yang bersesuaian bagi memastikan pesakit kembali normal.

BIOS 9000 mempunyai lima fungsi utama, iaitu :-

-Mengalirkan arus elektrik untuk meransang peredaran darah

-Membersihkan kotoran dalam saluran darah

-Menyelaraskan sisitem saraf tiak terkawal

-Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormone dalam badan

-Membantu membina sel-sel

*Harga nya agak mahal, untuk pengunaan setiap hari, supaya mendapat kehidupan dan kesihatan yang lebih baik, abah aku sendiri telah nekad membelanjakan wang untuk memiliki alat ini.

Aku sedang mempraktikan nya pada setiap hari, adalah tidak wajar dan tidak dapat diterima akal dengan harga alat ini yang menjangkau 5 angka sekiranya ia tidak berkesan!